NAMA KURSUS: SAINS TEKNOLOGI DALAM KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK: FAKTA-FAKTA
SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM
AL-QURAN & AL-HADIS
NAMA : PENSYARAH: NORAINI BINTI NAWAWI
KELAS: DEE2B
KUMPULAN: 4
SESI DIS 2016
NAMA
|
NO. PENDAFTARAN
|
HILMI ADLII BIN AHMAD
RIZAL
|
02DEE16F1041
|
02DEE16F1124
|
|
02DEE16F1014
|
|
02DEE16F1023
|
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN
0.1 PENDAHULUAN
BAB 1 Menerangkan al-Quran dan al-Hadith
sebagai sumber
sains,teknologi dan kejuruteraan.
1.1
Menjelaskan pengertian
wahyu menurut Islam
BAB 2 Memahami wahyu sebagai sumber sains,
teknologi dan
kejuruteraan.
2.1 Menerangkan
peranan wahyu menurut Islam.
2.2 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam
bidang
sains teknologi dan kejuruteraan.
BAB 3 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam
al-Quran
dan al-Hadith.
3.1 Menjelaskan
fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
3.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam
al-Hadith.
0.1 PENDAHULUAN
Al-Quran adalah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad ialah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.
Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air banjir yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.
Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9),
Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.
Sejak awal manusia, kita telah berusaha untuk memahami sifat dan tempat kita di dalamnya. Dalam usaha ini untuk tujuan hidup, ramai orang telah beralih kepada agama. Kebanyakan agama adalah berdasarkan kepada kitab-kitab yang didakwa oleh pengikut mereka diberikan oleh Tuhan tanpa apa-apa bukti.
Islam adalah berbeza kerana ia adalah berdasarkan alasan dan bukti.Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-Quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini. Terdapat fakta saintifik dan sejarah yang terdapat dalam al-Quran yang tidak diketahui oleh orang-orang di masa itu, dan hanya baru-baru ini telah ditemui oleh sains kontemporari.
Al-Quran adalah dalam gaya bahasa yang unik yang tidak boleh ditiru, ini dikenali sebagai 'Ketulenan Al-Quran’.Terdapat ramalan-ramalan yang dibuat dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAWyang telah pun berlaku.Terdapat banyak fakta saintifik yang terdapat dalam al-Quran, berabad-abad sebelum mereka 'ditemui' dalam bidang sains kontemporari. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Al-Quran bukan kitab sains tetapi sebuah kitab 'tanda-tanda'. Tanda-tanda ini berada di sana untuk orang mengiktiraf kewujudan Tuhan dan mengesahkan wahyuNya.
Seperti yang kita tahu, sains kadang-kadang mengambil 'U Turn' di mana apa yang pernah menjadi saintifik adalah palsu beberapa tahun kemudian. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pada abad ke-7.Sains pada masa itu adalah primitif, tidak ada teleskop, mikroskop atau apa-apa walaupun dekat dengan teknologi yang kita ada hari ini. Orang percaya bahawa matahari mengorbit bumi dan langit telah dipegang oleh tiang besar di sudut-sudut bumi yang rata.
Dalam latar belakang ini, Al-Quran diturunkan, dan ia mengandungi banyak fakta saintifik mengenai topik-topik daripada astronomi kepada biologi, geologi kepada sosiologi.Sesetengah orang mungkin mendakwa bahawa al-Quran telah diubah sebagai fakta saintifik baru ditemui tetapi ini tidak boleh menjadi kes kerana adalah satu fakta yang didokumenkan sejarah bahawa Al-Quran terpelihara dalam bahasa asalnya.
Al-Quran telah diturunkan dan dihafal oleh orang semasa hayat Nabi Muhammad S.A.W. Salah satu salinan al-Quran yang ditulis beberapa tahun selepas kematian Nabi Muhammad S.a.w dipelihara dalam sebuah muzium di Uzbekistan. Salinan ini berusia lebih 1400 tahun dan adalah sama seperti Al-Quran Arab yang ada pada hari ini
BAB 1: MENERANGKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS
SEBAGAI SUMBER SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.
1.1
Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam
Aspek
Bahasa
|
Aspek
Keilmuan Islam
|
Wahyu adalah
apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada orang pilihan-Nya dan ia
merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan
diperoleh melalui cara biasa.
|
Wahyu adalah
apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan
Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak bertulis
[ وحي غير
متلو]
yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah
SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami
telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian
daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail,
Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi
Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah
memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)
|
Firman Allah SWT lagi yang
bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus
Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang
lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai
golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan Agama jika kamu tidak
mengetahui”
(Surah An-Nahl:43)
BAB 2 Memahami wahyu sebagai sumber
sains,
teknologi dan kejuruteraan.
2.1 Menerangkan peranan
wahyu menurut Islam
Kalam Allah atau wahyu Allah
yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan
secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran
mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal
kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas susunan
ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)
Bil
|
Peranan
|
Hurain
|
1
|
Menjelaskan Akidah Islam
|
-Wahyu
Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam
kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan
akidah.
- Firman
Allah SWT yang bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat
dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
|
2
|
Menerangkan
Syariat Islam
|
-Wahyu
yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam
sesuatu kehidupan manusia.
-Sebagai
penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
-Al-Qur’an
diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud
dan pelaksanaannya.
|
3
|
Menghuraikan
Akhlak islam
|
-Wahyu
Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
-Semua
cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara
akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
-Lihatlah
apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada
nilai-nilai amanah dan agama.
-Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
-Teknologi
ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke
spesies yang lain.
-Walau
bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar
DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain.
Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai
kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
|
4
|
Menjadi panduan
hidup manusia dalam mengurus dunia.
|
-Dalam
Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
-Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu
diatur mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an
|
5
|
Menegakkan keadilan
|
-Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan
dalam kehidupan.
-Keadilan
ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
|
2.2 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains
Teknologi dan
Kejuruteraan
Bil
|
Wahyu
suber bidang sian teknologi & kejuruteraan
|
Huraian
|
1
|
Garis
panduan kepada sainstis dalam melaksanakan ujikaji
|
Ø Menggalakkan
supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø Mengajak
manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam
ayat al-Quran :-
1) Firman
Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang
kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta
bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman
Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka
melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman
Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang
menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang
(terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
Dan Dia lah yang
menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang
(terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
|
2
|
Kitab yang
menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
|
Ø Sifat
al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada
pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam
Islam.
Ø Bukti-bukti
ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman
Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya
: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu
dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum
: 22)
2) Firman
Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat
:
“Ia juga
menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok
zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis
buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3) Firman
Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat
:
“Allah jualah
yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu
dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk
belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk
kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan
bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang
menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
|
3
|
Mengalakan pembangunan teknologi
|
Ø Memberi
galakan dalam membina teknologi.
Ø Umat Islam
mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Ø Bukti-bukti
dalam ayat al-Quran :
1) Firman
Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk
menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan
Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2) Firman
Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi
Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam
mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3) Firman
Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan
kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan
dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang
hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi
(yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu
dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan
pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya
di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu
kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan
ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
|
4
|
Panduan dalam
penggunaan teknologi
|
Ø Al-Quran
memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk
membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan
alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
1) Ayat
al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
Terjemahannya
: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)”
|
5
|
Menjadikan sains teknologi dan
kejuruteraan mencapai faktar dan bukti kearah kebenaran
|
Ø Menunjukkan
kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada
sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø Membuktikan
akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara
dan kejadian.
Ø Dapat
mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta
sains hari ini.
Ø Mengenai Teori
Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori
keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah
seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan
kata-kata Allah sendiri.
Ø Bukti-bukti
ayat al-Quran antaranya:
1) Firman
Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya
keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia
berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia
terus menjadi.”
|
BAB
3: Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-
Quran dan al-Hadith.
3.1
Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
a. Proses kejadian alam tabi’i.
i. Allah
telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak
dapat difikirkan oleh manusia
melalui wahyu.
ii. Istilah-istilah
yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang
bermaksud tertib, harmoni,
peraturan dan perhiasan.
iii. Kosmos
juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos
dalam islam meliputi makhluk
rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian
saintifik dan emrprikal.
iv. Ilmu
kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang
asal-usul alam,
struktur atau perlembagaan alam,
penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat
penciptaan alam.
v. Ilmu
kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
vi. Dalam
Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya
serta
penghuninya, bumi dan seluruh
isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala
apa yang berada antara di langit
dan bumi.
vii. Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
Terjemahan
ayat :
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
viii. Daripada
ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap
dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah
melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa
al-Quran itu adalah satu kebenaran.
ix. Penemuan-penemuan
sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan
menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa
Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak
b. Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
.
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
Fakta
Al-Quran mengenai kejadian alam
a. Alam
ini diciptakan oleh yang menciptakan dan bukan terjadinya dengan sendiri.
|
1) Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Baqarah ayat 11
Terjemahan:
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala
keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia
hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah
ia”
(Surah al-Baqarah : 117)
2) Surah Al-Furqan ayat 59
Terjemahan:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah
Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada
Yang Mengetahuinya”.
3) Surah Nuh ayat 15 – 16
Terjemahan :
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah
telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia
menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai
lampu (yang terang-benderang)”.
|
b. Alam diciptakan secara
berpasang-pasangan
|
i. Allah memberitahu
bahawa Dia telah mencipta
semua kehidupan
di alam semesta ini secara
berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-
tumbuhan, manusia, haiwan, hidupan seni dan lain
-lain makhluk yang kita
tidak ketahuinya.
ii. Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-
bahan
(unsur-unsur) yang amat seni mempunyai
pasangan umpamanya sel. iii. Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan
menjadi daging.
iv. Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo –
nucleic – asid
(DNA).
1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat
3:
Terjemahan :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir”.
2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
Terjemahan :
“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai
jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang
kamu dapat mengenderainya”
3) Surah An-Naba’ ayat 8 :
Terjemahan :
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”
|
c. Penciptaan langit
|
i. Allah telah
menciptakan langit dan
meninggikannya
da juga telah menyempurnakan
penciptaan-Nya daripada unsur -unsur dukhan (asap).
ii. Juzuk-juzuk yang
terdiri daripada jirim dukhan telah
menjadikannya
kuat dan kukuh.
iii. Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan
daripada unsur dukhan itu
terbentuknya bintang dan
planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :
Terjemahannya : “Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke
arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia
berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan
perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya
menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita keadaan langit
yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW
merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat
menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini
yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas
mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak
mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan
pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu meningkat terlalu
tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :
“Pada hari ketika langit
seperti luluhan perak”
|
3.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam
al-Hadith.
1) Pengertian
Al-Hadith / As-Sunnah
i. Segala
apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk
perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil
kepada sesuatu hukum syara’.
- Al-Hadith
terbahagi kepada 3 iaitu :-
1) As-Sunnah
Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh
Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
2) As-Sunnah Fi’liyyah –
perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk
dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah
dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana
sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3) As-Sunnah Taqririyyah –
suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda
apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama
ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah
dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas
menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh,
pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa
ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2)
Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia
dalam al-Hadith
a)
Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia
adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada
kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang
benar dan dibenarkan segala tindakannya); sesungguhnya salah seorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,
kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi
seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan
kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4
kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka
demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu
mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya
dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan
lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya;
dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka
sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta,
kemudian terdahulu atsnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan
amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
KESIMPULAN
Untuk
mengangap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam Al-Quran merupakan
satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercadang dengan pendekatan
saintifik sebenar.Al-Quran mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan
alam semesta ini didalam ayat yang berikut:
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesunguhnya dalam
penciptaan langit dan bumi dan pegertian malam dan siang (ada)
tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal (Ali-Imran:190)
Bukti-bukti
saintifik dalam Al-Quran membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari ilahi.tiada
seorang manusia pun yang dapat mengarang
sebuah kitab,1,400tahun yang lalu,yang mengandungi fakta-fakta sainstifik yang
terperinci,yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia beberapa abad selepas itu.
Nota:
Kami mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan
ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah
atas kelemahan diri kami sendiri. Wallahu’alam –kumpulan 4
LAMPIRAN
1. Allah mencipta makhluknya dicipta secara berpasang-pasangan
2.Alam ini dicipta oleh ALLAH
3.Gunung bergerak
4.Alam semesta berkembang
5.video
RUJUKAN
1: Tafsir Surah An-Nahl
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-nahl-ayat-68-69.html
2: Kebaikan Madu
Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I/, (2005) The Antiulcer and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32. ISSN 1823-7339
3: Kejadian Manusia
https://mejakerusi.wordpress.com/2011/03/24/proses-kejadian-bayi-dari-minggu-ke-minggu/
4: Perkembangan Angkasa Lepas
Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac, ed. P. Kenneth Seidelmann, Mill Valley, Cal., University Science Books, 1992, p.48, ISBN 0-935702-68-7.
5: Keajaiban al-quran
http://www.keajaibanalquran.com/earth_movements.html
1: Tafsir Surah An-Nahl
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-nahl-ayat-68-69.html
2: Kebaikan Madu
Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I/, (2005) The Antiulcer and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32. ISSN 1823-7339
3: Kejadian Manusia
https://mejakerusi.wordpress.com/2011/03/24/proses-kejadian-bayi-dari-minggu-ke-minggu/
4: Perkembangan Angkasa Lepas
Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac, ed. P. Kenneth Seidelmann, Mill Valley, Cal., University Science Books, 1992, p.48, ISBN 0-935702-68-7.
5: Keajaiban al-quran
http://www.keajaibanalquran.com/earth_movements.html




No comments:
Post a Comment