Tuesday, 28 August 2018




DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLELUASAAN FITNAH .  BINCANGKAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL

SESI JUN 2018

USTAZAH WAHIDAH BINTI MAT SAID

NO
NAMA
NO MATRIK
1
SREE ARAN A/L SUBRAMANIAM
02DEE16F1071
2
JONATHAN A/L JOSE
02DEE16F1002

3
MOHAMAD JAMADIL AKBAR BIN MOHD JAAFAR
02DEE16F1023

4
HILMI ADLII BIN AHMAD RIZAL
02DEE16F1041

5
MOHAMAD AFIQ BIN ZULKIFLEE
02DEE16F1124




PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, isu fitnah semakin berleluasa samada dalam bentuk percakapan antara dua pihak atau dalam bentuk penulisan terutamanya media massa seperti Twitter, Facebook, Instagram dan Whatapps.  Blog juga merupakan salah satu faktor penting dalam wujudnya fitnah di media massa. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama kerana ia akan menimbulkan pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Firman Allah juga mengatakan tentang fitnah:

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
                                                                                                       
  (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Dengan firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini kerana dapat mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah.  Ini disebabkan kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan Negara.

DEFINISI FITNAH

Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa kebenaran yang sahih dengan bertujuan untuk mencemarkan dan memburukkan nama baik seseorang.  Bagi sudut pandangan pemfitnah pula mereka menabur fitnah untuk memudahkan dirinya mencapai segala cita-citanya dan kehendaknya. Pada era teknologi ini, penyebaran fitnah semakin berleluasa kerana ianya mudah untuk disampaikan melalui teknologi canggih seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran fitnah pada masa kini lebih tertumpu di laman sosial yang mana tujuan utama pemfitnah adalah untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh pangkat dan tidak terkecuali untuk melariskan artikelnya semata-mata untuk mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan fitnah ini adalah perbuatan yang tercela yang mana Allah S.W.T telah menjanjikan azab yang berat kepada mereka yang menyebarkan fitnah.

JENIS-JENIS FITNAH

 Fitnah melalui kepimpinan negara

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk                      mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah negara Islam. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

·         Fitnah dalam belajar kerana mahu mendapatkan jawatan

Terdapat sesetengah golongan ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam   hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.  Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku

·         Fitnah melalui ungkapan

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini.

 JENIS FITNAH DARI SEGI ISLAM

Fitnah Syubhat
Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fitnah syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.  Contoh-contoh fitnah syubhat ialah kekafiran, kemunafikan, dan bid’ah penyebab perpecahan.
Rasulullah SAW amat risau tentang fitnah syubhat, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang ertinya;
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” (H. R. Ahmad).
Fitnah Syahwat
 Fitnah syahwat merupakan perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh hawa nafsu.  Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas untuk beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta dan hasutan dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah SWT berfirman yang ertinya;
“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Q. S. Al-Imran: 14).


FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG SIVIL
 Di Malaysia, wujudnya Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil.Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah, kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502.

Libel Dan Slander
Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

 Libel
 Fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya.
Slander
 Fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures).
Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu)
Saman fitnah adalah penyelesaian mengikut aturan perundangan sivil yang ada.  Fitnah juga adalah kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 kanun keseksaan yang membolehkan orang yang bersalah dipenjara sehingga 2 tahun atau didenda. Undang-undang ini wujud untuk memudahkan orang melindungi nama baiknya.  Dalam menghakimi mana-mana saman fitnah, mahkamah terikat kepada undang-undang Common Law dalam kanun Akta Fitnah 1957.


FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG ISLAM

Islam sangat menitikberatkan tentang akhlak penganutnya.  Oleh itu, Islam telah menetapkan syarat dan undang-undang untuk dijadikan garis panduan umat Islam.
Berikut adalah merupakan undang-undang Islam:

 Berdosa besar
 Perlu bertaubat

 Dirujuk dari peristiwa Israk Mikraj.  (orang yang menggunting lidah dan bibir menggunakan penggunting besi berkali-kali)

Menerusi ayat al-Quran, surah Hujarat, ayat 12

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Berdasarkan ayat al-Quran, surah al Baqarah, ayat 217


يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya
  Masuk neraka

Fitnah merupakan salah satu dosa besar yang menjadi penghalang seorang Muslim masuk syurga Akibat dari perbuatan fitnah sendiri akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila tidak segera bertaubat maka neraka lah tempatnya.


 PERSEPSI TENTANG FITNAH DI MEDIA SOSIAL
Pada zaman teknologi yang kian maju di negara ini, kita mudah terdedah dengan pelbagai anasir-anasir luar daripada pelbagai cabang kemajuan.  Contohnya seperti, Facebook , Twitter, Instagram dan blog-blog popular.  Di ruangan seperti ini adalah  medan dimana masyarakat  mencari kenalan lama dan baharu di dalam jarak yang dekat mahupun jauh.

Dari sudut negatifnya, pelbagai cerita yang dikongsikan antara satu sama lain boleh  menjadi tular apabila ramai yang mula berkongsi sesuatu cerita atau maklumat.  Namun, tidaklah semua cerita yang dikongsikan ini betul.  Malahan lagi banyak cerita-cerita rekaan yang direka untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk membaca ruangan mereka.  Hal ini kerana, mereka hanya mementingkan perhatian, jumlah ‘likers,’ dan juga pengikut yang ramai.

Cerita rekaan ini boleh terjurus kearah fitnah.  Di era akhir zaman ini, memang banyak fitnah-fitnah yang semakin menjadi tuhan dalam media sosial.  Lagi memburukkan keadaan, apabila masyarakat tidak peka dengan sesuatu maklumat atau cerita, lalu menyebarkan dengan pantas agar mereka menjadi salah seorang penyebar yang pantas memberi maklumat.  Dengan adanya telefon pintar, tema ‘segalanya di hujung jari’ tersebut lebih memudahkan para masyarakat yang tidak berfikiran panjang akan kesannya untuk menyebarkan maklumat tersebut.

Tahukah anda, tiada secalit kebaikan didalam sesuatu fitnah?  Hal ini kerana, perbuatan memfitnah ini merupakan dosa besar yang sudahpun terkandung dalam Al- Quran dan Hadis.  Fitnah ini boleh
menjadikan ukhuwah seseorang itu terputus dan boleh menjadikan sifat saling membenci tumbuh didalam hati seseorang.

Aib seseorang juga boleh terbuka dengan wujudnya fitnah ini.  Lahirnya kehinaan dalam hidup seseorang.  Hidup seseorang yang pada asalnya tenang dan harmoni ini boleh menjadi kacau-bilau dan sentiasa diperhatikan orang ramai yang terdekat seperti jiran, rakan taulan dan saudara-mara.


KESAN-KESAN FITNAH

Perbuatan fitnah berlaku apabila adanya dorongan daripada perasaan iri hati, tamak dan mementingkan diri sendiri.  Antara kesan-kesan yang boleh terjadi ialah:

Diri sendiri

Orang yang melakukan fitnah biasanya tidak berfikiran panjang dan hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan keburukan yang akan memberi kesan kepada orang lain pada hari mendatang.  Fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya mampu menimbulkan perbalahan, samun, berbunuhan  antara sesuatu individu yang bertelagah.

Keluarga

 Perbuatan fitnah juga mampu menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
Masyarakat
  Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain
Negara

Kesan untuk negara pula ialah, negara boleh mempunyai  rakyat yang kacau-bilau dan tidak ada hormat pada negara.  Negara boleh tersenarai dalam mempunyai penduduk yang tidak harmoni, melanggar undang-undang negara dan berlakunya demonstrasi di banyak tempat atau negeri.

Agama

  Penganut agama Islam boleh hilang rasa takut akan dosa dan azab yang sudahpun dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.  Penganut agama lain yang selain agama Islam boleh memandang remeh dan tidak menghormati akan agama Allah ini.  Penghinaan dan penindasan kepada umat Islam akan terjadi dengan ekstrem.

KESIMPULAN

Konklusinya, di Malaysia, kerajaan telah mengambil langkah-langkah tersendiri bagi menangani perluasan fitnah yang sedang berlaku dalam internet atau laman sosial. Ada di antara rakyat Malaysia yang sering mempersoalkan kebebasan-kebebasan yang mereka fikir wajar mereka perolehi supaya idea dan akal fikiran boleh diluahkan tanpa rasa bersalah.

Namun begitu, fitnah juga dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang amat berbahaya kepada umat Islam khususnya. Seksaan yang dijanjikan Allah terhadap golongan yang memfitnah adalah sangat berat dan mereka tidak akan terlepas dengan mudah lebih-lebih lagi di akhirat. Islam juga telah menggariskan beberapa panduan yang khusus bagi memastikan umatnya tidak keliru dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan sehingga boleh mengakibatkan fitnah. Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan, fitnah itu merupakan satu tindakan yang boleh mendatangkan seksa dan bencana kepada golongan yang difitnah itu sendiri. Islam juga tidak menghadkan fitnah itu hanya sekadar perkataan yang keluar dari mulut sahaja tetapi tafsirannya sangat luas dan penekanan diberikan kepada ‘perkataan’, tidak kira medium apa yang digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah itu. Lalu, hukuman yang sama terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada pemfitnah siber juga.

Akhir sekali, kebebasan bersuara ada dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh kerajaan adalah kebebasan bersuara yang tidak melanggar garis panduandan hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Justeru tidak wujud persoalan bahawa kebebasan bersuara perlulah diamalkan secara ekstrem dan tanpa kawalan.


LAMPIRAN:






RUJUKAN
https://tafsirq.com/49-al-hujurat/ayat-12
https://tafsirq.com/2-al-baqarah/ayat-217

Buku Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam