DUA6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLELUASAAN FITNAH . BINCANGKAN DARI SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN
UNDANG-UNDANG SIVIL
SESI JUN 2018
USTAZAH WAHIDAH BINTI MAT SAID
|
NO
|
NAMA
|
NO MATRIK
|
|
1
|
SREE ARAN A/L SUBRAMANIAM
|
02DEE16F1071
|
|
2
|
JONATHAN A/L JOSE
|
02DEE16F1002
|
|
3
|
MOHAMAD JAMADIL AKBAR BIN MOHD JAAFAR
|
02DEE16F1023
|
|
4
|
HILMI ADLII BIN AHMAD RIZAL
|
02DEE16F1041
|
|
5
|
MOHAMAD AFIQ BIN ZULKIFLEE
|
02DEE16F1124
|
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, isu fitnah semakin berleluasa
samada dalam bentuk percakapan antara dua pihak atau dalam bentuk penulisan
terutamanya media massa seperti Twitter, Facebook, Instagram dan Whatapps. Blog juga merupakan salah satu faktor penting
dalam wujudnya fitnah di media massa. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang
terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama kerana ia akan menimbulkan
pergaduhan dan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Firman Allah juga
mengatakan tentang fitnah:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan
sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara
yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat,
ayat 6)
Dengan firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata
yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya
dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini
kerana dapat mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau
ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya:
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan
dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh
itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Ini disebabkan kesan fitnah adalah sangat
buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan
Negara.
DEFINISI FITNAH
Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa kebenaran yang
sahih dengan bertujuan untuk mencemarkan dan memburukkan nama baik
seseorang. Bagi sudut pandangan
pemfitnah pula mereka menabur fitnah untuk memudahkan dirinya mencapai segala
cita-citanya dan kehendaknya. Pada era teknologi ini, penyebaran fitnah semakin
berleluasa kerana ianya mudah untuk disampaikan melalui teknologi canggih
seperti komputer, telefon dan pelbagai gajet lagi. Penyebaran fitnah pada masa
kini lebih tertumpu di laman sosial yang mana tujuan utama pemfitnah adalah
untuk menjatuhkan seseorang, memperoleh pangkat dan tidak terkecuali untuk
melariskan artikelnya semata-mata untuk mencapai tontonan tertinggi. Perbuatan
fitnah ini adalah perbuatan yang tercela yang mana Allah S.W.T telah
menjanjikan azab yang berat kepada mereka yang menyebarkan fitnah.
JENIS-JENIS FITNAH
Fitnah melalui
kepimpinan negara
Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak
segan silu untuk
mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam
dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah negara
Islam. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular,
Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.
· Fitnah dalam
belajar kerana mahu mendapatkan jawatan
Terdapat sesetengah golongan ketikasedang menuntut satu
ketika dahulu, telah menanam hasrat
untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa. Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa
ketika menyandang jawatan penting, mereka tidak menjalankan tugas dengan
sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku
· Fitnah
melalui ungkapan
Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan
ungkapan mereka seperti Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan
Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah
tidak sesuai pada hari ini.
JENIS FITNAH DARI
SEGI ISLAM
Fitnah Syubhat
Syubhat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fitnah
syubhat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara
ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia
hindari (dikerjakan). Fitnah syubhat merupakan fitnah paling berbahaya kerana
kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan
hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji. Contoh-contoh fitnah syubhat ialah kekafiran,
kemunafikan, dan bid’ah penyebab perpecahan.
Rasulullah SAW amat risau tentang fitnah syubhat,
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda
yang ertinya;
“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah
syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta
fitnah-fitnah yang menyesatkan.” (H. R. Ahmad).
Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat
merupakan perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang
disebabkan oleh hawa nafsu. Mereka yang
terkena fitnah syahwat biasanya malas untuk beribadah serta tidak segan
melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan
oleh hawa nafsu beserta dan hasutan dari iblis yang sentiasa mengiringi dan
membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang
berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.Allah
SWT berfirman yang ertinya;
“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat
(apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah
dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah
ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali
yang baik (syurga).” (Q. S. Al-Imran: 14).
FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG SIVIL
Di Malaysia, wujudnya
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) yang mengawal selia tuntutan fitnah di
bawah undang-undang sivil.Manakala bagi fitnah dalam undang-undang jenayah,
kita akan merujuk kepada Kanun Keseksaan , Seksyen 499 hingga Seksyen 502.
Libel Dan Slander
Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua
iaitu :
Libel
Fitnah-fitnah yang
dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem,
tugu dan sebagainya.
Slander
Fitnah yang
disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures).
Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander
hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan
kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu)
Saman fitnah adalah penyelesaian mengikut aturan perundangan
sivil yang ada. Fitnah juga adalah
kesalahan jenayah di bawah Seksyen 499 kanun keseksaan yang membolehkan orang
yang bersalah dipenjara sehingga 2 tahun atau didenda. Undang-undang ini wujud
untuk memudahkan orang melindungi nama baiknya.
Dalam menghakimi mana-mana saman fitnah, mahkamah terikat kepada undang-undang
Common Law dalam kanun Akta Fitnah 1957.
FITNAH DARI SEGI UNDANG-UNDANG ISLAM
Islam sangat menitikberatkan tentang akhlak
penganutnya. Oleh itu, Islam telah
menetapkan syarat dan undang-undang untuk dijadikan garis panduan umat Islam.
Berikut adalah merupakan undang-undang Islam:
Berdosa besar
Perlu bertaubat
Dirujuk dari
peristiwa Israk Mikraj. (orang yang
menggunting lidah dan bibir menggunakan penggunting besi berkali-kali)
Menerusi ayat al-Quran, surah Hujarat, ayat 12
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ
إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا
ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا
اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan
purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan
janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama
lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Berdasarkan ayat al-Quran, surah al Baqarah, ayat 217
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ
قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ
مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ
إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ
فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ
النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi
menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk)
Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya)
di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.
Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan
kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang
murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka
itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya
Masuk neraka
Fitnah merupakan salah satu dosa besar yang menjadi
penghalang seorang Muslim masuk syurga Akibat dari perbuatan fitnah sendiri
akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila tidak segera bertaubat
maka neraka lah tempatnya.
PERSEPSI TENTANG
FITNAH DI MEDIA SOSIAL
Pada zaman teknologi yang kian maju di negara ini, kita
mudah terdedah dengan pelbagai anasir-anasir luar daripada pelbagai cabang
kemajuan. Contohnya seperti, Facebook ,
Twitter, Instagram dan blog-blog popular.
Di ruangan seperti ini adalah
medan dimana masyarakat mencari
kenalan lama dan baharu di dalam jarak yang dekat mahupun jauh.
Dari sudut negatifnya, pelbagai cerita yang dikongsikan
antara satu sama lain boleh menjadi
tular apabila ramai yang mula berkongsi sesuatu cerita atau maklumat. Namun, tidaklah semua cerita yang dikongsikan
ini betul. Malahan lagi banyak
cerita-cerita rekaan yang direka untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk
membaca ruangan mereka. Hal ini kerana,
mereka hanya mementingkan perhatian, jumlah ‘likers,’ dan juga pengikut yang
ramai.
Cerita rekaan ini boleh terjurus kearah fitnah. Di era akhir zaman ini, memang banyak
fitnah-fitnah yang semakin menjadi tuhan dalam media sosial. Lagi memburukkan keadaan, apabila masyarakat
tidak peka dengan sesuatu maklumat atau cerita, lalu menyebarkan dengan pantas
agar mereka menjadi salah seorang penyebar yang pantas memberi maklumat. Dengan adanya telefon pintar, tema ‘segalanya
di hujung jari’ tersebut lebih memudahkan para masyarakat yang tidak berfikiran
panjang akan kesannya untuk menyebarkan maklumat tersebut.
Tahukah anda, tiada secalit kebaikan didalam sesuatu
fitnah? Hal ini kerana, perbuatan
memfitnah ini merupakan dosa besar yang sudahpun terkandung dalam Al- Quran dan
Hadis. Fitnah ini boleh
menjadikan ukhuwah seseorang itu terputus dan boleh
menjadikan sifat saling membenci tumbuh didalam hati seseorang.
Aib seseorang juga boleh terbuka dengan wujudnya fitnah
ini. Lahirnya kehinaan dalam hidup
seseorang. Hidup seseorang yang pada
asalnya tenang dan harmoni ini boleh menjadi kacau-bilau dan sentiasa
diperhatikan orang ramai yang terdekat seperti jiran, rakan taulan dan
saudara-mara.
KESAN-KESAN FITNAH
Perbuatan fitnah berlaku apabila adanya dorongan daripada
perasaan iri hati, tamak dan mementingkan diri sendiri. Antara kesan-kesan yang boleh terjadi ialah:
Diri sendiri
Orang yang melakukan fitnah biasanya tidak berfikiran
panjang dan hanya mementingkan kepuasan diri sendiri tanpa memikirkan keburukan
yang akan memberi kesan kepada orang lain pada hari mendatang. Fitnah boleh menjatuhkan maruah seseorang dan
seterusnya mampu menimbulkan perbalahan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.
Keluarga
Perbuatan fitnah juga
mampu menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain,
hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam,
tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai
antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
Masyarakat
Masyarakat menjadi
tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan,
perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan
masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan,
kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak
tenteram, porak peranda dan lain-lain
Negara
Kesan untuk negara pula ialah, negara boleh mempunyai rakyat yang kacau-bilau dan tidak ada hormat
pada negara. Negara boleh tersenarai
dalam mempunyai penduduk yang tidak harmoni, melanggar undang-undang negara dan
berlakunya demonstrasi di banyak tempat atau negeri.
Agama
Penganut agama Islam
boleh hilang rasa takut akan dosa dan azab yang sudahpun dinyatakan dalam
al-Quran dan Hadis. Penganut agama lain
yang selain agama Islam boleh memandang remeh dan tidak menghormati akan agama Allah
ini. Penghinaan dan penindasan kepada
umat Islam akan terjadi dengan ekstrem.
KESIMPULAN
Konklusinya, di Malaysia, kerajaan telah mengambil
langkah-langkah tersendiri bagi menangani perluasan fitnah yang sedang berlaku
dalam internet atau laman sosial. Ada di antara rakyat Malaysia yang sering
mempersoalkan kebebasan-kebebasan yang mereka fikir wajar mereka perolehi
supaya idea dan akal fikiran boleh diluahkan tanpa rasa bersalah.
Namun begitu, fitnah juga dinyatakan dengan jelas dalam
Al-Quran dan juga sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu perkara yang
amat berbahaya kepada umat Islam khususnya. Seksaan yang dijanjikan Allah
terhadap golongan yang memfitnah adalah sangat berat dan mereka tidak akan
terlepas dengan mudah lebih-lebih lagi di akhirat. Islam juga telah
menggariskan beberapa panduan yang khusus bagi memastikan umatnya tidak keliru
dengan kebebasan bersuara yang dianjurkan sehingga boleh mengakibatkan fitnah.
Seperti yang dijelaskan pada awal perbincangan, fitnah itu merupakan satu
tindakan yang boleh mendatangkan seksa dan bencana kepada golongan yang
difitnah itu sendiri. Islam juga tidak menghadkan fitnah itu hanya sekadar
perkataan yang keluar dari mulut sahaja tetapi tafsirannya sangat luas dan
penekanan diberikan kepada ‘perkataan’, tidak kira medium apa yang digunakan
untuk mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah itu. Lalu, hukuman yang sama
terhadap pemfitnah boleh dikenakan kepada pemfitnah siber juga.
Akhir sekali, kebebasan bersuara ada dinyatakan dengan jelas
dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh
kerajaan adalah kebebasan bersuara yang tidak melanggar garis panduandan
hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Justeru tidak wujud persoalan
bahawa kebebasan bersuara perlulah diamalkan secara ekstrem dan tanpa kawalan.
LAMPIRAN: