Saturday, 10 December 2016

FAKTAR-FAKTAR SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN DAN AL- HADIS




NAMA KURSUS:  SAINS TEKNOLOGI DALAM KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

KOD: DUA 2012

TAJUK: FAKTA-FAKTA SAINTIFIK YANG TERDAPAT DALAM 
              AL-QURAN & AL-HADIS

NAMA : PENSYARAH: NORAINI BINTI NAWAWI 

KELAS: DEE2B                

KUMPULAN:  4

SESI DIS 2016


NAMA
NO. PENDAFTARAN
HILMI ADLII BIN AHMAD RIZAL
02DEE16F1041
 MOHAMAD AFIQ BIN ZULKIFLEE
02DEE16F1124
 AHMAD SHAHMI BIN AHMAD TAJUDIN 
02DEE16F1014
 MOHAMAD JAMADIL AKBAR BIN MOHD JA’AFAR
02DEE16F1023





ISI KANDUNGAN

BAB                              KANDUNGAN


 0.1                                                 PENDAHULUAN

  BAB 1                   Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber     
                                             sains,teknologi dan kejuruteraan.

1.1                                      Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam

BAB 2             Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan
                                                          kejuruteraan.

2.1                             Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.
                      
2.2                       Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang
                                            sains teknologi dan kejuruteraan.


BAB 3                Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran
                                                      dan al-Hadith.

3.1                       Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.
   
3.2                        Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.




0.1 PENDAHULUAN


Al-Quran adalah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad ialah Rasulullah SAW. Pengekalan mukjizat al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabat nabi, selain al-Quran.

Sebagai contoh, Nabi Nuh AS dengan mukjizat taufan dan air banjir yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Saleh AS dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja. Nabi Isa AS dengan mukjizat boleh menghidupkan yang mati atas izin Allah dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah Baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9),
Dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, dan bersinarlah cahayanya ke seluruh dunia.

Sejak awal manusia, kita telah berusaha untuk memahami sifat dan tempat kita di dalamnya. Dalam usaha ini untuk tujuan hidup, ramai orang telah beralih kepada agama. Kebanyakan agama adalah berdasarkan kepada kitab-kitab yang didakwa oleh pengikut mereka diberikan oleh Tuhan tanpa apa-apa bukti.

Islam adalah berbeza kerana ia adalah berdasarkan alasan dan bukti.Terdapat tanda-tanda jelas bahawa kitab Islam, al-Quran, adalah kalam Tuhan dan kita mempunyai banyak sebab untuk menyokong tuntutan ini. Terdapat fakta saintifik dan sejarah yang terdapat dalam al-Quran yang tidak diketahui oleh orang-orang di masa itu, dan hanya baru-baru ini telah ditemui oleh sains kontemporari.

Al-Quran adalah dalam gaya bahasa yang unik yang tidak boleh ditiru, ini dikenali sebagai 'Ketulenan Al-Quran’.Terdapat ramalan-ramalan yang dibuat dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAWyang telah pun berlaku.Terdapat banyak fakta saintifik yang terdapat dalam al-Quran, berabad-abad sebelum mereka 'ditemui' dalam bidang sains kontemporari. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Al-Quran bukan kitab sains tetapi sebuah kitab 'tanda-tanda'. Tanda-tanda ini berada di sana untuk orang mengiktiraf kewujudan Tuhan dan mengesahkan wahyuNya.

Seperti yang kita tahu, sains kadang-kadang mengambil 'U Turn' di mana apa yang pernah menjadi saintifik adalah palsu beberapa tahun kemudian. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pada abad ke-7.Sains pada masa itu adalah primitif, tidak ada teleskop, mikroskop atau apa-apa walaupun dekat dengan teknologi yang kita ada hari ini. Orang percaya bahawa matahari mengorbit bumi dan langit telah dipegang oleh tiang besar di sudut-sudut bumi yang rata.

Dalam latar belakang ini, Al-Quran diturunkan, dan ia mengandungi banyak fakta saintifik mengenai topik-topik daripada astronomi kepada biologi, geologi kepada sosiologi.Sesetengah orang mungkin mendakwa bahawa al-Quran telah diubah sebagai fakta saintifik baru ditemui tetapi ini tidak boleh menjadi kes kerana adalah satu fakta yang didokumenkan sejarah bahawa Al-Quran terpelihara dalam bahasa asalnya.


Al-Quran telah diturunkan dan dihafal oleh orang semasa hayat Nabi Muhammad S.A.W. Salah satu salinan al-Quran yang ditulis beberapa tahun selepas kematian Nabi Muhammad S.a.w dipelihara dalam sebuah muzium di Uzbekistan. Salinan ini berusia lebih 1400 tahun dan adalah sama seperti Al-Quran Arab yang ada pada hari ini


BAB 1: MENERANGKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI                      SUMBER SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.

1.1   Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam

Aspek Bahasa
Aspek Keilmuan Islam
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak bertulis
[ وحي غير متلو] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad)  sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan Agama jika kamu tidak mengetahui”                                                            

 (Surah An-Nahl:43)




BAB 2             Memahami wahyu sebagai sumber sains,
                                 teknologi dan kejuruteraan.

2.1   Menerangkan peranan wahyu menurut Islam


Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas susunan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)


Bil
Peranan
Hurain
1
Menjelaskan Akidah Islam
-Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
- Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)

2
Menerangkan Syariat Islam
-Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.
-Sebagai penjelas kepada syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
-Al-Qur’an diturunkan bagi memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya.

3
Menghuraikan Akhlak islam
-Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
-Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
-Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.
-Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).
-Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.
-Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.

4
Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia.
-Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
-Urusan hidup manusia yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an

5
Menegakkan keadilan
-Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
-Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
2.2  Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan    
       Kejuruteraan
Bil
Wahyu suber bidang sian teknologi & kejuruteraan
Huraian
1
Garis panduan kepada sainstis dalam melaksanakan ujikaji
Ø  Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø  Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.

Bukti-bukti dalam  ayat al-Quran :-

1)   Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20

Maksudnya: 

Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) 
(Surah Al-Ghasiah :17-20)


2)    Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19

Maksudnya : 

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah   matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.




3)    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
 Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan  menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”

2
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
Ø  Sifat al-Quran sebagai petunjuk  dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø  Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-

1)          Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)

2)          Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11

Maksud ayat : 

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.


3)          Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat : 

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu  dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.

3
Mengalakan pembangunan teknologi
Ø  Memberi galakan dalam membina teknologi.

Ø  Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

Ø  Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1)    Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:

Maksud ayat :

“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)




2)    Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”

3)          Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat : 

Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”

4
Panduan dalam penggunaan teknologi
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.

1)   Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41

Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”

5
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai faktar dan bukti kearah kebenaran
Ø  Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø  Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø  Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.

Ø  Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.

Ø  Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1)   Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:

Terjemahan :

 “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”







BAB 3:    Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al- 
                            Quran dan al-Hadith.

3.1                       Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.

a.  Proses kejadian alam tabi’i.
i.   Allah telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak
dapat difikirkan oleh manusia melalui wahyu.

ii. Istilah-istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang
bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

iii. Kosmos juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos
dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi pengajian
saintifik dan emrprikal.

iv. Ilmu kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang asal-usul alam,
struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam serta matlamat
penciptaan alam.

v. Ilmu kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.

vi. Dalam Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit  dan isi kandungannya serta
penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala
apa yang berada antara di langit dan bumi.

vii. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:

Terjemahan ayat :

 “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

 viii.        Daripada ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap dan  pelusuk  penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa al-Quran itu adalah satu kebenaran.
   ix.        Penemuan-penemuan sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak

b.  Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
.
Bukti Dalam Al-Quran
Fakta Dalam Al-Quran
Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam

a.    Alam ini diciptakan oleh yang menciptakan dan bukan terjadinya dengan sendiri.

1)    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 11

Terjemahan:

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”            
 (Surah al-Baqarah : 117)

2)    Surah Al-Furqan ayat 59

 Terjemahan: 

“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

3)    Surah Nuh ayat 15 – 16


Terjemahan :

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.

b.    Alam diciptakan secara berpasang-pasangan
i. Allah memberitahu bahawa Dia telah mencipta
semua kehidupan di alam semesta ini secara
berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-
tumbuhan,  manusia, haiwan, hidupan seni dan lain
-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.

ii. Penemuan sains yang terbaru menunjukkan bahan-
bahan (unsur-unsur) yang amat seni mempunyai
pasangan umpamanya sel.

iii. Sel kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan
menjadi daging.

iv. Kod tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo –
       nucleic – asid (DNA).

1)    Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d ayat 3:

Terjemahan :


 “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.


2)    Surah Az-Zukhruf ayat 12 :

Terjemahan : 

“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya”


3)    Surah An-Naba’ ayat 8 :


Terjemahan : 

“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”
c.    Penciptaan langit
i.  Allah telah menciptakan langit dan
meninggikannya da juga telah menyempurnakan
penciptaan-Nya daripada unsur -unsur dukhan (asap).

ii. Juzuk-juzuk yang terdiri daripada jirim dukhan telah
menjadikannya kuat dan kukuh.
    
iii.  Kemudian langit itu dijadikan berlapis-lapis dan
daripada unsur dukhan itu terbentuknya bintang dan
planet.

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :

Terjemahannya : “Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"


Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6 menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.

Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu  meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :

“Pada hari ketika langit seperti luluhan perak”


   
3.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.

1)         Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah

i.        Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hukum syara’.

-       Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-

1)    As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.

2)    As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:

“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3)    As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.

2)    Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith

a)         Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tindakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga  sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atsnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.




KESIMPULAN

Untuk mengangap bahawa kewujudan fakta-fakta saintifik dalam Al-Quran merupakan satu kebetulan adalah tidak dapat diterima akal dan bercadang dengan pendekatan saintifik sebenar.Al-Quran mengajak semua manusia untuk merenung penciptaan alam semesta ini didalam ayat yang berikut:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ
Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pegertian malam dan siang (ada) tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempunyai akal  (Ali-Imran:190)

Bukti-bukti saintifik dalam Al-Quran membuktikan dengan jelas bahawa ianya dari ilahi.tiada seorang manusia pun yang dapat mengarang sebuah kitab,1,400tahun yang lalu,yang mengandungi fakta-fakta sainstifik yang terperinci,yang mana hanya dapat ditemui oleh manusia  beberapa abad selepas itu.



Nota:  Kami mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kesilapan adalah atas kelemahan diri kami sendiri. Wallahu’alam –kumpulan 4




LAMPIRAN

1. Allah mencipta makhluknya dicipta secara berpasang-pasangan







2.Alam ini dicipta oleh ALLAH





3.Gunung bergerak


4.Alam semesta berkembang


5.video 






RUJUKAN

1: Tafsir Surah An-Nahl
http://www.ibnukatsironline.com/2015/06/tafsir-surat-nahl-ayat-68-69.html

2: Kebaikan Madu
Fathihah B., and Mahmood A.A., and Sidik K., and Salmah I/, (2005) The Antiulcer and Cytoprotective Effects of Ageratum Conyzoides - Honey Combination in Rats. Journal of the University of Malaya Medical Centre (JUMMEC), 8 (1). pp. 28-32. ISSN 1823-7339

3: Kejadian Manusia
https://mejakerusi.wordpress.com/2011/03/24/proses-kejadian-bayi-dari-minggu-ke-minggu/

4: Perkembangan Angkasa Lepas
Explanatory Supplement to the Astronomical Almanac, ed. P. Kenneth Seidelmann, Mill Valley, Cal., University Science Books, 1992, p.48, ISBN 0-935702-68-7.

5: Keajaiban al-quran
http://www.keajaibanalquran.com/earth_movements.html